Logo

COVID-19 : Warga emas, pesakit kronik lebih berisiko

PUTRAJAYA ,29 Mac - Individu berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik lebih berisiko mendapat jangkitan COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata ini terbukti apabila lebih separuh daripada jumlah kematian direkodkan membabitkan golongan terbabit.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya membantu memutuskan rantaian COVID-19 dengan mematuhi garis panduan KKM.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.