Monday, August 21, 2017
vital-top
updated 4:33 AM UTC, Aug 21, 2017

Kerajaan Cadang Jumpa Kumpulan Sasar Kanak-kanak Dapat Maklum Balas TN50

MIRI  - Satu sesi perjumpaan dengan kumpulan sasar secara spesifik akan diadakan selepas sambutan Aidilfitri bagi mendapatkan maklum balas berkaitan Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata kumpulan sasar pertama yang akan ditemui ialah golongan kanak-kanak belasan tahun untuk mendapatkan pandangan kumpulan tersebut dalam konteks TN50.

"Mereka berumur lingkungan 15 tahun ke atas dan akan menjadi dewasa pada tahun 2050, kami hendak mendapatkan pandangan mereka," katanya dalam ucapan pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Miri.

(Sumber - Bernama)