Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

Kerajaan Tanggung Subsidi Haji RM230 Juta Tahun Ini

PAPAR - Kerajaan akan menanggung kos subsidi jemaah haji sebanyak RM230 juta pada tahun ini bagi memastikan bayaran haji bagi setiap jemaah Malaysia kekal RM9,980 seorang, kata Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Beliau berkata kos tanggungan tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan membantu umat Islam di negara ini sekali gus memastikan mereka dapat melaksanakan tuntutan Rukun Islam kelima itu.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan pada Program Ziarah Kasih Ramadan bagi kawasan Parlimen Kimanis anjuran Yayasan Tabung Haji dan Biro Keahlian dan Daftar Pemilih UMNO di sini.

Beliau berkata umat Islam yang baharu mendaftar di institusi itu pada tahun ini perlu menunggu giliran selama 102 tahun untuk ke tanah suci.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pendeposit Tabung Haji untuk terus kekal menabung dan jangan sama sekali mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang mendakwa institusi itu bankrap.

((BERNAMA))