Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

JPN Nafi 300,000 Kaum India Tidak Punyai Kad Pengenalan

KUANTAN - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan dakwaan bahawa 300,000 masyarakat India di negara ini tidak mempunyai kad pengenalan atau berhadapan masalah kewarganegaraan apabila bilangan mereka yang tampil pada program MyDaftar terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah itu.

Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yazid Ramli berkata sejak MyDaftar dimulakan pada 2011 dan program Mega MyDaftar 2017, hanya 1,813 permohonan diterima di 19 lokasi seluruh negara, sejak 5 Jun lepas.

Katanya, program dengan kerjasama Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan (SITF) dan Jabatan Perdana Menteri itu akan diteruskan ke empat lagi lokasi iaitu Kuantan hari ini, Seberang Perai, Pulau Pinang; Temerloh, Pahang sebelum berakhir di Putrajaya pada 22 Jun ini.

Beliau berkata pada sidang media di sini.

Datuk Mohd Yazid juga memberi jaminan bahawa JPN akan cuba menyelesaikan masalah pemohon secepat mungkin, kerana pihaknya perlu menjalankan siasatan termasuk membuat semakan di hospital yang didakwa tempat kelahiran pemohon sebelum meluluskan permohonan itu.

((BERNAMA))