Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

Guna Telefon Bimbit Semasa Memandu, Sumbang 35 Peratus Kadar Kemalangan Di Kedah

YAN - Penggunaan telefon bimbit semasa memandu menyumbang sehingga 35 peratus kepada kadar kemalangan di negeri ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata tindakan itu juga boleh menyebabkan aliran trafik menjadi perlahan disebabkan fokus pemanduan terjejas.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat 11/2017 Sempena Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Kedah, di perkarangan Balai Polis Guar Chempedak dekat sini

Sementara itu, Datuk Asri berkata sebanyak 54 kawasan disenaraikan sebagai lokasi kerap berlaku kemalangan di negeri ini dalam Op Selamat 11/2017 yang bermula 18 Jun sehingga 2 Julai ini. 

((BERNAMA))