Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

PRASARANA Siap Siaga Jayakan Operasi Haji Di Makkah

KUALA LUMPUR -  Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mahu mengekalkan prestasi cemerlang perkhidmatan tren haji Al Mashaaer Al Mugaddasah Metro Southern Line (MMMSL) menjelang operasi musim ketiganya di Makkah mulai 29 Ogos hingga 4 Sept ini. 

Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Datuk Seri Azmi Abdul Aziz dalam kenyataan berkata kakitangan yang ditugaskan melaksana perkhidmatan itu telah diingatkan supaya bersedia menghadapi sebarang cabaran bagi memastikan aliran tren sentiasa  berjalan lancar. 

Beliau berkata tahun ini, Prasarana turut mengambil pesara dan bekas pekerja berpengalaman dalam operasi tren daripada Rapid Rail dan Keretapi Tanah Melayu Berhad serta sokongan guna tenaga daripada Express Rail Link Sdn Bhd untuk  melancarkan operasi itu. 

Kumpulan itu turut menerima lebih 40,000 permohonan bagi kira-kira 6,600 pelbagai jawatan ketika operasi haji khususnya bagi kawalan penumpang di stesen-stesen, kerja-kerja mencuci dan keselamatan.

Selain proses pengambilan dan latihan staf tempatan, katanya warga kerja MMMSL juga sedang giat menjalankan pengujian tren sebelum memulakan siri latihan simulasi pelbagai senario  serta latihan integrasi dengan agensi kecemasan awam Arab Saudi pada 23 dan 24 Ogos ini. 

((BERNAMA))