Saturday, March 28, 2020

updated 3:10 PM UTC, Mar 28, 2020

Bayi 12 hari pesakit termuda dijangkiti COVID-19

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Mac - Bayi berusia 12 hari antara pesakit termuda dijangkiti COVID-19 di Malaysia setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, bayi tersebut merupakan antara pesakit yang termasuk gelombang kedua COVID-19.

Manakala pesakit paling tua berusia 83 tahun.

Bagaimanapun identiti bayi tersebut tidak didedahkan.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham, 4 lagi kes kematian berkaitan COVID-19 direkodkan setakat ini dan menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia sebanyak 23 kes.

Sehingga 12 tengah hari tadi, terdapat 235 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia 2,031 kes.

Dalam sidang media di Putrajaya beliau juga memaklumkan telah mengarahkan mengarahkan semua anggota kesihatan dan anggota sokongan Hospital Teluk Intan, Perak untuk menjalani ujian pengesanan COVID-19.

Ini ekoran 80 anggota kesihatan KKM dikesan positif COVID-19.

Jelasnya, setakat ini tiada kes jangkitan anggota kesihatan KKM yang disebabkan oleh pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti KKM.