Wednesday, 12 August 2020

updated 9:09 AM UTC, Aug 12, 2020

Proses nyahcemar di premis awam dan kawasan berisiko tinggi

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Mac - Kerajaan memutuskan untuk melakukan proses pembersihan dan penyucian nyahcemar di premis-premis awam bagi mengawal penularan COVID-19.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini tumpuan diberi kepada kawasan yang diklasifikasikan sebagai zon merah dan mempunyai risiko tinggi seperti pasar dan masjid.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Kawasan merah termasuk Pasar Borong Selayang dan Masjid Sri Petaling.