Saturday, March 28, 2020

updated 1:48 PM UTC, Mar 28, 2020

SOP Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Mac - Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diperketat kerana masih ada yang tidak mempedulikan arahan itu.

Ini termasuk mengadakan lebih banyak sekatan bagi mengawal pergerakan orang ramai.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Majlis Keselamatan Negara akan memperkenal dan mengeluarkan SOP baharu yang lebih tegas Sabtu ini.

Sehingga semalam, 110 tangkapan dibuat kerana ingkar arahan PKP.

Manakala 163,487 kenderaan diperiksa.

Polis turut melakukan pemeriksaan dan pemeriksaan mengejut di 1,719 kawasan.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri, sekatan jalan raya juga akan lebih banyak dilakukan di zon merah.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan, polis akan memudahkan laluan kenderaan yang membawa makanan yang melalui sekatan jalan raya.