Wednesday, 12 August 2020

updated 10:05 AM UTC, Aug 12, 2020

Solat hajat serentak esok

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 26 Mac - Umat Islam di seluruh negara diseru melakukan solat hajat serentak esok selepas solat Zohor dan diadakan di rumah dan di tempat masing-masing.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah menitahkan beliau untuk melaksanakan solat hajat demi kesejahteraan rakyat ketika menghadapi situasi terkini.

Justeru, umat islam diminta menyahut titah Yang Di-Pertuan Agong dengan melaksanakan solat hajat serentak serta memenuhi hari Jumaat dengan zikkrullah, taubat dan Munajat kepada Allah SWT.