Monday, 28 September 2020

updated 4:59 AM UTC, Sep 28, 2020

8.6 juta isi rumah akan terima penutup hidung dan mulut percuma

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 26 Mac - 8.6 juta isi rumah seluruh negara akan menerima penutup hidung dan mulut secara percuma.

Ia akan diedar secara berperingkat-peringkat dalam waktu terdekat.

Perkara itu dinyatakan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismaik Sabri Yaakob

Beliau turut memaklumkan, Tabung Covid 19 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu mereka yang terjejas, sehingga kini menerima sumbangan sebanyak RM8.1 juta.