Monday, 28 September 2020

updated 4:59 AM UTC, Sep 28, 2020

Kerabat Diraja Kedah sumbang peralatan perubatan

  • Published in Nasional

ALOR SETAR, 26 Mac - Kerabat Di Raja Kedah memberi sumbangan pelbagai peralatan dan kelengkapan bernilai lebih RM300,000 kepada Hospital Sultanah Bahiyyah (HSB) Alor Setar bagi merawat pesakit COVID-19.

Selain Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, turut sama menyumbang adalah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha, Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah; Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Ariff.

Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Sheikh Mahmood Naim mewakili Kerabat Di Raja Kedah kepada Pengarah HSB, Doktor Zaiton Udin di Wisma Darul Aman, tengah hari tadi.

Antara kelengkapan yang disumbangkan termasuk 5 unit pam infusi, 20 unit katil mekanikal, 5 katil elektrik, 5 mindray SP Five, 10 mindray VP Five, 1 Keranjang Kecemasan Perubatan dan 1 Defibrillator.

Menurut Dr Mohd Fikri, pihaknya memerlukan beberapa peralatan dan kelengkapan tambahan bagi menampung keperluan di HSB yang merupakan pusat rawatan untuk wabak COVID-19.