Sunday, May 31, 2020

updated 1:53 PM UTC, May 31, 2020

Perdana Menteri buat tinjauan mengejut ke pasar raya

  • Published in Nasional

SERI KEMBANGAN, 25 Mac - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melakukan tinjauan mengejut ke pasar raya Giant di Seri Kembangan, Selangor petang tadi.

Tinjauan lebih 20 minit itu bagi melihat sendiri stok bekalan makanan dan keperluan harian di pasaraya berkenaan.

Tan Sri Muhyiddin yang tiba di lokasi pada pukul 6 petang bertanyakan sendiri kepada pelanggan mengenai stok bekalan dan harga barangan yang dijual.

Dalam perutusan khasnya hari ini, beliau mengingatkan rakyat supaya tidak membuat pembelian panik, meski perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 April.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas bagi memastikan bekalan mencukupi dan tidak terjejas ketika negara berdepan wabak COVID-19.

Jawatankuasa tersebut akan membincangkan semua isu berkaitan rantaian bekalan, terutama bahan basah seperti ikan dan sayur.