Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

Empat lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan hari ini

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA ,25 Mac - Empat lagi kematian direkodkan hari ini menjadikan angka kematian akibat COVID-19 dalam negara kini 19 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut memaklumkan tambahan 172 kes baharu positif setakat hari ini, menjadikan angka kumulatif kes 1,796.

Ketika ini terdapat 45 kes positif COVID19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, termasuk 34 individu memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala 16 kes telah pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini, menjadikan keseluruhan sebanyak 199 kes.