Tuesday, March 31, 2020

updated 2:27 PM UTC, Mar 31, 2020

Tun Dr Mahathir jalani saringan kedua

  • Published in Nasional

SERI KEMBANGAN, 25 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 kedua di kediaman mereka hari ini.

Ujian tersebut dilakukan empat kakitangan perubatan Hospital Putrajaya.

Dua daripada petugas hospital berkenaan ialah doktor, manakala 2 orang lagi masing-masing jururawat dan pembantu perubatan.

Tiga hari lalu, Tun Dr Mahathir disahkan negatif jangkitan wabak berkenaan.

Beliau bagaimanapun memberi jaminan akan tetap mematuhi protokol kuarantin 14 hari.

Sejak 19 Mac, Tun Mahathir menjalani kuarantin sukarela di kediaman beliau, selepas bergambar dengan Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii yang kemudiannya disahkan positif COVID-19.