Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Waris veteran tentera meninggal dunia akibat COVID-19 terima bantuan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Waris veteran tentera yang meninggal dunia akibat COVID-19 semalam akan menerima bantuan khairat kematian, selain pencen terbitan.

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jumlah pencen yang bakal diterima balu Allahyarham berjumlah lebih RM2,000 sebulan.

Datuk Seri Ismail menjelaskannya pada sidang media di ibu negara.

Mangsa yang sebelum ini menunjukkan simptom wabak selama lima hari dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac.

Mangsa kemudiannya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac sebelum disahkan meninggal dunia semalam.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat, Kuala Lumpur.