Saturday, March 28, 2020

updated 1:48 PM UTC, Mar 28, 2020

29 anggota polis, penjawat awam dan ahli keluarga punyai simptom Covid-19

  • Published in Nasional

IPOH, 25 Mac - Ketua Polis Perak, Datuk Razaruddin Hussain mengesahkan, 29 anggota polis, penjawat awam dan ahli keluarga mereka dikuarantin 14 hari selepas mempunyai simptom Covid-19.

Manakala 13 lagi disahkan negatif.

Kesemua mereka dikuarantin atas nasihat hospital selepas mengalami masalah kesihatan sebaik pulang dari luar negara.

Datuk Razaruddin mengadakan lawatan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sekitar Ipoh.

Beliau turut menafikan dakwaan anggotanya memaksa orang awam memakai topeng penutup hidung dan mulut ketika masuk ke pasar awam dan pusat beli belah.

Sebaliknya, arahan itu dikeluarkan pihak pengurusan pusat beli belah sebagai langkah keselamatan.