Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Pasukan Respon Pantas KKMM kenal pasti berita palsu

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Mac - 4 nota suara dalam aplikasi Whatsapp yang mendakwa darurat kononnya akan diisytihar, dinafikan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perkara itu disahkan sebagai "Berita Palsu" oleh Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM).

Kenyataan media pasukan itu turut memaklumkan, yang Jabatan Kesihatan Negeri Johor menafikan dakwaan permohonan bantuan atau sumbangan bekalan oleh Hospital Permai untuk pakaian dan peralatan perlindungan diri, dengan melantik agen untuk menguruskan pembeliannya.

Pasukan Respon Pantas KKMM turut mengesahkan penafian Ahli Parlimen Penampang, Datuk Darell Leiking, terhadap laporan kononnya Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Parlimen dari parti Warisan Sabah dikuarantin, kerana bergaul dengan pemimpin parti lain yang positif COVID-19.

Polis pula menafikan berita kononnya mayat dalam kereta MYVI di R&R Hulu Bernam arah utara ialah mangsa COVID-19.

Hakikatnya, klip video yang menunjukkan sepasukan anggota polis menangkap seorang lelaki yang disyaki positif COVID-19 dengan menggunakan pistol perenjat elektrik, hanyalah latihan PDRM.