Wednesday, 23 September 2020

updated 12:40 PM UTC, Sep 23, 2020

Kes positif COVID-19 dalam negara meningkat sekali ganda

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 25 Mac - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan, 172 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 1,796 kes.

Jumlah itu meningkat sekali ganda berbanding seminggu lalu.

Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan kes baharu akan terus dilaporkan dalam masa terdekat.

Bagi menghadapi situasi itu, KKM telah menyediakan 3,585 katil di 34 buah hospital seluruh negara, khusus untuk merawat pesakit COVID-19.

KKM juga akan meningkatkan kapasiti melakukan ujian saringan pada skala lebih besar, termasuk melakukan saringan besar-besar di kawasan berisiko tinggi.