Logo

COVID-19: Jangan diskriminasi jemaah tabligh

PUTRAJAYA, 24 Mac - Rakyat dinasihatkan supaya tidak mendiskriminasi jemaah tabligh berikutan kluster kes COVID-19 melibatkan golongan itu.

Datuk Dr Noor Hisham menegaskan, apa yang penting adalah usaha mengesan dan merawat jangkitan COVID-19 dalam kalangan mereka, keluarga dan kontak rapat mereka.

Tambah Datuk Dr. Noor Hisham, daripada 106 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 43 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Seri Petaling.

Manakala 63 kes lagi adalah berkaitan dengan lain-lain kluster dan masih lagi dalam siasatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.