Friday, July 10, 2020

updated 4:53 AM UTC, Jul 10, 2020

PKP dijangka lebih berkesan dengan kerjasama diantara PDRM dan ATM

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Kerjasama antara polis dan tentera di Terengganu diharap mampu meluaskan lagi pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sekaligus mencapai sasaran sekurang-kurangnya 95 peratus kepatuhan masyarakat seperti mana dikehendaki Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Ketua Polis Negeri, Datuk Roslee Chik berkata, selepas penyelarasan semula, 380 anggota tentera akan membantu polis menjalankan tugas PKP dengan menjadikan jumlah kekuatan seramai 1,180 di Terengganu.

Memasuki hari kelima PKP, Datuk Roslee amat berpuas hati dengan kerjasama masyarakat Terengganu, walaupun, ada yang masih ingkar namun angka itu sangat kecil.

Kaedah pengawalan dilakukan sama seperti sebelum ini iaitu menerusi hebahan oleh kereta peronda, sekatan jalan raya dan rondaan di semua kawasan terutama lokasi tumpuan ramai dan lokasi awam.

Beliau menyatakan demikian selepas melakukan tinjauan di Pasar Payang Kuala Terengganu.

Meninjau kawasan basah di pasar berkenaan beliau sempat menegur segelintir peniaga yang masih tidak memakai penutup mulut dan hidung.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, sehingga kini pihaknya telah melakukan 53 sekatan jalan raya.