Logo

Peruntukan tambahan RM1.5 juta kepada guru KAFA di Johor.

JOHOR - Kerajaan Johor bakal memberi peruntukan tambahan berjumlah RM1.5 juta kepada 240 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di seluruh negeri itu.

Ia membabitkan pemberian elaun tambahan sebanyak RM 512 bermula tahun depan.

Menurut Exco Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri, Aminolhuda Hassan, kerajaan negeri juga dalam usaha memastikan guru KAFA mendapat faedah perlindungan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Kebajikan guru KAFA perlu dititik beratkan supaya pendidikan agama dapat disebar luas dengan lebih berkesan.

Sebelum ini, guru KAFA hanya menerima elaun RM 900 daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Sementara itu, kira-kira 500 kekosongan jawatan guru bagi sekolah agama di bawah kerajaan negeri sedang dirangka.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.