Friday, July 10, 2020

updated 4:53 AM UTC, Jul 10, 2020

Fitnah polis, lelaki 23 tahun ditahan

  • Published in Nasional

BALING, 22 Mac - Polis menahan seorang lelaki selepas memuat naik kenyataan berunsur fitnah di laman Facebook, menuduh polis menyalahgunakan kuasa dengan membuat sekatan jalan raya bagi mengutip wang.

Suspek berusia 23 tahun itu, ditahan di rumahnya di Kupang, Baling semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, ujian air kencing terhadap suspek, mengesahkan dia positif dadah.

Suspek turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah.

Kes disiasat menurut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 serta Seksyen 500 Kanun Keseksaan.