Friday, July 10, 2020

updated 4:53 AM UTC, Jul 10, 2020

COVID-19: JKNT operasi 24 jam

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU ,22 MAC - Bilik gerakan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) kini beroperasi selama 24 jam.

Ia melibatkan 25 pegawai yang bertugas.

Ketua Penolong Pengarah Kanan JKNT, Dr Hasnan Arwit berkata, tujuannya bagi memantau segala aktiviti yang berlaku di klinik, Hospital dan tempat kuarantin bagi mangsa COVID-19 di negeri itu.

Beliau sebelum itu menyambut kedatangan Timbalan Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim yang melakukan lawatan tidak formal di bilik gerakan JKNT.

Ahmad Amzad turut menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas di bilik gerakan tersebut.

Sementara itu, Ahmad Amzad turut berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dengan kerjasama semua pihak dalam mematuhi perintah pergerakan dikeluarkan kerajaan.