Tuesday, October 22, 2019
updated 1:19 AM UTC, Oct 22, 2019

SOP baharu permohonan kewarganegaraan bakal dilaksana tahun depan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi permohonan kewarganegaraan bagi individu berumur 21 tahun akan mula dilaksana tahun depan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, SOP baharu itu mengandungi mekanisme pemakluman berkaitan sebab permohonan ditolak serta tempoh pemproses permohonan kewarganegaraan.

Permohonan berkenaan seperti yang terkandung dibawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan.

Bagi permohonan kewarganegaraan di bawah perkara-perkara lain pula, fakta dan dokumen sokongan yang dikemukakan akan diteliti mengikut kes dan giliran.

Justeru, tiada tempoh pemprosesan tertentu ditetapkan kerana setiap permohonan berbeza mengikut keperluan, termasuk jangka masa mendapatkan laporan tapisan keselamatan daripada polis.

Datuk Mohd Azis yang menjawab pertanyaan wakil Padang Serai, M.Karupaiya di Dewan Rakyat.

Berdasarkan rekod, sebanyak 24,466 permohonan kewarganegaraan dibawah semua perkara perlembagaan persekutuan diterima, sejak 2018 hingga 15 september lalu.

Seramai 5,784 daripadanya telah dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia.