Logo

Peserta 7 pusat tahfiz dikenal pasti sertai perhimpunan di Masjid Seri Petaling, diseru buat saringan segera

KUALA LUMPUR, 20 Mac - 7 pusat tahfiz dan persatuan yang dikenalpasti terlibat dalam perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling diseru tampil segera menjalani saringan secara sukarela.

Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKM) Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya mengambil pendekatan menyeru peserta-peserta terlibat menjalani saringan secara sukarela.

Tambah beliau, selain warganegara, pemastautin tetap, pelancong, warga asing, pendatang tanpa izin serta pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) juga diminta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac lalu.

Mereka juga diminta membuat ujian saringan kesihatan sekiranya mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Beliau bercakap kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat JKKM mengenai COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.