Mahkamah ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh didenda

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Majikan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau penjara 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu selari dengan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020).

Menurut Pengamal undang-undang, Datuk Hishamuddin Hashim, majikan perlu merujuk peraturan-peraturan dan akta khas diperuntukkan dalam tempoh kawalan tersebut bagi mengelak diambil tindakan.

Orang ramai juga perlu mematuhi semua arahan yang dikuatkuasa anggota keselamatan sepanjang tempoh berkenaan.

Ini khususnya pihak polis yang mempunyai kuasa dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Datuk Hishamuddin menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di TV1.