Monday, 18 October 2021

updated 4:33 AM UTC, Oct 18, 2021

Peniaga sewa premis PBT dan pasar awam dikecualikan bayaran sewa

  • Published in Nasional

ISKANDAR PUTERI, 20 Mac - Kerajaan Johor akan mengecualikan bayaran sewa kepada peniaga yang menyewa premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pasar awam, bermula
April hingga Disember ini.

Insentif itu, bagi membantu meringankan beban peniaga yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad berkata, pengecualian sewa membabitkan 10,371 peniaga.

Datuk Hasni mengumumkannya pada Sidang Media di Kota Iskandar, Iskandar Puteri.

Beliau juga memaklumkan, kakitangan kerajaan negeri yang berstatus pekerja sambilan harian akan dibayar gaji sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.