Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

ATM nafi helikopter tentera khas buat semburan disinfeksi di udara

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 19 Mac - Angkatan Tentera Malaysia menafikan terdapat helikopter tentera khas yang digunakan untuk membuat semburan disinfeksi COVID-19 di udara di seluruh negara.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menegaskan berita yang tular di media sosial itu adalah palsu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata walaupun tidak dinyatakan jenis helikopter milik pasukan perkhidmatan mana sama ada Tentera Darat, TUDM atau TLDM namun penggunaan perkataan tentera serta hebahan tidak benar boleh mencetuskan suasana panik.

Orang ramai juga dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan.

Orang ramai diminta dapatkan maklumat COVID-19 yang sahih daripada talian CPRC kebangsaaan begitu juga saluran telegram Majlis Keselamatan Negara.