Tuesday, October 22, 2019
updated 12:55 AM UTC, Oct 22, 2019

Program Subsidi Petrol-PSP sasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Program Subsidi Petrol-PSP menyasarkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.

Perdana Menteri menegaskan, kerajaan tidak mahu subsidi yang diberi itu turut dinikmati golongan kaya.

Beliau berkata demikian di lobi parlimen.

Semalam Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna mengumumkan kira kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup-BSH akan mendapat manafaat daripada PSP bermula 1 Januari tahun hadapan.

Ia membabitkan kadar subsidi 30 ringgit sebulan bagi kereta dan RM12 sebulan pula bagi motorsikal.