Logo

Rakyat Malaysia terkandas di India, Wisma Putra usaha bawa pulang

KUALA LUMPUR, 18 Mac - Rakyat Malaysia yang terkandas di India akan dibantu.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Wisma Putra sedang meneliti usaha yang boleh dilakukan bagi menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam kenyataan yang dikongsi Datuk Seri Hishammuddin di laman media sosialnya, beliau memaklumkan, pihaknya telah berhubung dengan perwakilan Malaysia di India dalam menyelesaikan perkara tersebut.

Beliau turut menafikan negara tidak membenarkan rakyat Malaysia pulang ke tanah air, seperti dakwaan seorang pegawai pihak berkuasa India yang videonya tular baru-baru ini.

Tegasnya, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia dibenarkan pulang ke tanah air, namun perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari selepas pulang.

Rakyat Malaysia yang terkandas di India, diminta menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, atau Konsulat Jeneral Malaysia di Chennai atau Konsulat Jeneral Malaysia di Mumbai di talian tertera.

Wisma Putra melaporkan, sejumlah 274 rakyat Malaysia telah terkandas di Delhi, Chennai dan Mumbai.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.