Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Tanah 40 ekar di Tampin akan dijual lebih murah berbanding harga pasaran, PVATM Negeri Sembilan berhasrat mewujudkan "Perkampungan Veteran"

  • Published in Nasional

NEGERI SEMBILAN - Kerajaan Negeri Sembilan mengalu-alukan cadangan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia, PVATM Negeri Sembilan untuk mewujudkan ‘perkampungan veteran’ Tampin.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, kerajaan negeri akan memberi bantuan berkaitan bagi memastikan hasrat berkenaan, dapat dilaksana.

Dalam masa sama, yakin pembangunan 'perkampungan veteran' itu memberi kemudahan kepada ahli persatuan dan keluarga. 

Tanah PVATM Negeri Sembilan seluas 40 ekar di Tampin itu akan dibangunkan sebagai perkampungan veteren dengan kediaman yang akan dijual pada harga yang murah berbanding harga pasaran.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Persidangan Perwakilan Kali Ke-66 Tahun 2019 Persatuan Veteran ATM Negeri Sembilan di Seremban.

Pada majlis sama, Datuk Seri Aminuddin turut mengumumkan pemberian sumbangan berjumlah 150 ribu ringgit kepada PVATM Negeri Sembilan.