Tuesday, October 22, 2019
updated 1:08 AM UTC, Oct 22, 2019

Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam negeri-negeri kali kedua : Perhalus isu-isu hal ehwal Islam semasa, mantapkan agensi-agensi agama

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR - Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatatuddin Al Mustafa Billah Shah berkenan menganjurkan Majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri di Istana Negara.

Kali kedua dianjurkan bersama Istana Negara dan JAKIM, majlis membincangkan dan memperhalus isu-isu hal ehwal Islam semasa, selain memantapkan agensi-agensi agama seluruh negara.

Majlis terbahagi kepada dua sesi iaitu pembentangan isu-isu dan sesi taklimat isu-isu yang berlangsung hampir 3 jam.

Antaranya menyentuh MyInsanniah, peranan I-P-T-A dalam eko sistem halal serta Kelas Al Quran dan Fardu Ain KAFA di sekolah-sekolah agama di Pulau Pinang.

Kesemua rumusan dari pembentangan akan dipanjangkan dalam bentuk laporan oleh Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke 255 pada 30 dan 31 Oktober ini.

Majlis dihadiri kepimpinan JAKIM, Jabatan Kehakiman Syariah, kepimpinan Majlis dan Jabatan Agama Islam serta mufti-mufti.

Negeri-negeri di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong dalam hal ehwal Islam ialah Pahang, Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang,Melaka, Sarawak dan Sabah seperti termaktub dalam Perkara 3 (2),3 (3) dan 3 (5) Perlembagaan Persekutuan.