Logo

Mayat lelaki ditemukan dalam kereta

IPOH - Mayat seorang individu berusia 34 tahun, ditemukan dalam sebuah kereta di Taman Canning, Ipoh, Perak.

Penemuan kira-kira pukul 8.30 pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP A.Asmadi Abdul Aziz, hasil makluman orang awam.

Sebaik tiba di lokasi, pihaknya menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di bahagian hadapan tempat duduk penumpang.

Bercakap di lokasi kejadian, beliau turut memberitahu, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kematian mangsa, termasuk memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) sekitar kawasan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Bainun (HRPB) Ipoh untuk bedah siasat dan setakat ini, kes diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.