Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

COVID-19: Perkhidmatan feri ke Langkawi dikurangkan

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 18 Mac - Jumlah perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah dan Kuala Perlis- Langkawi akan dikurangkan daripada 10 trip kepada 2 trip bermula 20 Mac hingga 31 Mac ini atau pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ia selaras dengan perintah kawalan pergerakan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya akur dengan arahan kerajaan menguatkuasakan perintah pergerakan bagi mengekang penyebaran Covid-19.

“Waktu perjalanan di semua sektor diselaraskan hanya pada pukul 11 pagi dan 4 petang.”

Katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Penumpang yang telah membuat tempahan tiket atas talian atau pembelian awal di kaunter boleh membuat tuntutan bayaran balik harga tiket sebelum tarikh pergerakan feri.