Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Semua aktiviti masjid dan surau di Pulau Pinang ditangguh

  • Published in Berita Semasa

GEORGE TOWN ,17 Mac - Semua aktiviti di masjid dan surau di Pulau Pinang turut ditangguh sehingga 31 Mac.

Menurut Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, sepanjang tempoh tersebut, azan lima waktu solat fardu perlu diteruskan seperti biasa oleh bilal bertugas.

Sepanjang tempoh itu juga, semua masjid dan surau dinasihat melaksana operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah mengelak jangkitan kuman.