Tuesday, 4 August 2020

updated 12:36 PM UTC, Aug 4, 2020

Perintah kawalan pergerakan, Perkhidmatan tren dan bas kendalian PRASARANA beroperasi seperti biasa

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 17 Mac - Semua perkhidmatan tren dan bas kendalian Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) akan beroperasi seperti biasa esok selaras pengumuman kerajaan bahawa sektor pengangkutan tidak terganggu akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Prasarana (Operasi) Muhammad Nizam Alias dalam satu keyataan media memaklumkan pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan sebelum mengambil sebarang langkah berkaitan jadual perjalanan tren dan bas kendalian PRASARANA.

Pusat Konsesi Hab Bas Pasar Seni akan dibuka seperti biasa untuk kemudahan golongan OKU, pelajar dan warga emas mendapatkan diskaun 50 peratus untuk perjalanan.

Perkhidmatan tren LRT Laluan Kelana Jaya dan Laluan Ampang / Sri Petaling MRT Laluan Sungai Buloh - Kajang Laluan Monorel, Bas Rapid Transit laluan Sunway dan bas henti henti Rapid KL Rapid Penang, Rapid Kuantan Rapid Kamunting dan Rapid Manjung akan beroperasi seperti biasa esok dengan kekerapan jadual hari bekerja.