Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Tindakan Segera Terhadap Sindiket Ceroboh Tanah Kerajaan Negeri - Datuk Seri Dr Zambry

KUALA KANGSAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta mengambil tindakan segera terhadap sindiket yang menceroboh serta meneroka secara haram tanah milik kerajaan negeri, kata Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menteri Besar Perak itu berkata sindiket ini  semakin berani dengan membuat iklan penjualan tanah menerusi laman sosial Facebook milik seorang wanita.

Individu terbabit menggunakan salinan geran dan surat kebenaran yang kononnya dikeluarkan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) untuk menipu orang ramai.

PPPNP tidak pernah melantik mana-mana orang tengah, ejen atau pihak sebagai wakil dalam pengurusan tanah milik.

Beliau ditemui sebelum majlis Jamuan Rakyat di Dewan Terbuka Kampung Chuar, Kati.



Sumber : BERNAMA