Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Cadangan Agar Pesta Panawari Dimasukkan Dalam Kalendar Pelancongan Sabah

NABAWAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup akan mencadangkan kepada  kerajaan supaya Pesta Panawari atau pesta sukan tradisional suku kaum Murut dimasukkan dalam kalendar pelancongan.

Bagaimanapun, kajian terperinci perlu dibuat  terlebih dahulu untuk memastikan bagaimana pesta itu benar-benar berkesan dalam menggamit kedatangan pelancong, katanya selepas merasmikan Pesta Panawari 2017.

Panawari merupakan pesta sukan tradisional suku kaum Murut yang dianjurkan  setiap awal Januari sejak penjajahan kolonial di Sabah  tetapi dihentikan sebaik negara mencapai kemerdekaan.

Nabawan merupakan daerah pertama di Sabah yang menghidupkan semula sambutan pesta itu sejak tiga tahun lalu, dan kali ini penganjurannya diselaraskan pada bulan Mei iaitu bersempena  sambutan Pesta Kaamatan.

Kira-kira 5,000 pengunjung menghadiri pesta itu untuk menyaksikan persembahan 30 jenis sukan tradisi suku kaum Murut.


Sumber : BERNAMA