Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Jaga lidah, tidak sebar maklumat palsu, beriltizam dan doakan kesejahteraan negara- Mufti Terengganu

  • Published in Nasional

KUALA TERENGGANU, 26 Feb - Mufti Terengganu, Datuk Dr. Zulkifli Muda menyarankan empat perkara kepada rakyat dalam menghadapi situasi politik ketika ini.

Masyarakat katanya perlu menjaga lidah, tidak menyebarkan maklumat palsu, beriltizam dan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan negara.

Datuk Dr. Zulkifli berkata kesemua perkara itu penting dalam mengekalkan perpaduan dan kemakmuran negara.

Paling penting langkah itu mampu membantu menyelesaikan beberapa isu tanpa adanya penyebaran berita palsu.