Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Sabah dan Sarawak, tiada jurang perbezaan antara setiap negeri

  • Published in Nasional

KOTA KINABALU - Sabah dan Sarawak perlu bangkit bersama dengan lain-lain negeri bagi memastikan tiada jurang perbezaan besar atau ketidaksamaan antara setiap negeri.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Sabah dan Sarawak sebenarnya lebih kaya berbanding lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia.

Tun Dr Mahathir turut menegaskan bahawa negeri-negeri di Borneo memiliki tanah yang luas dan boleh dibangunkan dengan teknologi baharu.

Tun Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis jamuan tengah hari bersama kepimpinan Parti Bersatu Pribumi Malaysia (Bersatu) di Kota Kinabalu.

Dalam majlis ini, Tun Dr. Mahathir yang juga Pengerusi BERSATU turut bertemu dengan pimpinan BERSATU Sabah yang diketuai Pengerusinya, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Turut hadir, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Majlis turut menyaksikan penyerahan kad keahlian BERSATU kepada Ahli Parlimen Sipitang, Yamani Hafez Musa.

Majlis ini merupakan antara program lawatan sehari Perdana Menteri ke Sabah, selepas bertemu dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Shafie Haji Apdal dan anggota kabinet Negeri di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah.

Perdana Menteri dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali berlepas pulang ke ibu negara, 4.30 petang semalam.