Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di sempadan Turki-Iran

  • Published in Berita Dunia

TURKI, 25 Feb - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat gempa bumi di Wilayah Van, Turki dan Azerbaijan Barat, Iran, semalam.

Demikian disahkan Wisma Putra dalam satu kenyataan.

Perkembangan semasa gempa bumi 5.7 pada skala Richter di kawasan terbabit sedang dipantau Wisma Putra.

Setakat ini gempa bumi telah meragut sembilan nyawa dan lebih 40 orang cedera di kedua-dua wilayah.

Wisma Putra menzahirkan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Turki dan Iran, terutamanya mereka yang terjejas akibat gempa bumi itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan pertolongan konsul dinasihatkan menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Turki dan Tehran, Iran.