Logo

Selaras peletakan jawatan PM, tugas anggota pentadbiran juga terhenti pada tarikh sama

KUALA LUMPUR, 24 Feb - Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Billah Shah telah berkenan untuk membatalkan pelantikan Menteri-Menteri atas nasihat Perdana Menteri sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 43(5) Perlembagaan Persekutuan pada 24 Februari 2020.

Ia selaras dengan peletakan jawatan Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali memaklumkan tugas-tugas anggota pentadbiran adalah terhenti pada tarikh sama.

Ia melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Menteri, Timbalan menteri dan Setiausaha Politik.

Kenyataan tersebut adalah sebagai penerangan terhadap kedudukan anggota pentadbiran negara berikutan perletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.