Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Usaha menangani masalah jerebu rentas sempadan memerlukan kerjasama negara-negara anggota ASEAN

  • Published in Nasional

KUCHING - Usaha menangani masalah jerebu rentas sempadan memerlukan kerjasama negara-negara anggota ASEAN.

Tegas, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, ia memerlukan persetujuan kesemua 10 negara blok berkenaan untuk mengeluarkan satu mekanisme bagi menangani isu itu.

Mengenai usaha menangani jerebu dalam negara, beliau yang juga Pengerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), ketika bercakap di Kuching, Sarawak, memaklumkan, proses pembenihan awan telah dilakukan di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Dalam masa sama telah menghubungi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin untuk mendapatkan laporan terkini mengenai kawasan panas dalam negara.