Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Pupuk semangat patriotisme,tolak unsur hasutan, fitnah dan rasuah - Gobind

  • Published in Nasional

KUCHING - Rakyat Malaysia perlu memupuk semangat patriotisme dan menolak segala unsur hasutan, fitnah serta rasuah yang boleh memecah-belahkan keharmonian negara.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata selaras dengan tema sambutan Hari Malaysia 2019, ‘Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih', adalah menjadi hasrat kerajaan untuk memupuk semangat cinta kepada negara dan seterusnya menyemai semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata menerusi satu klip video yang ditayangkan pada sambutan Hari Malaysia 2019 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya.

Beliau berkata prinsip Rukun Negara yang menerapkan nilai-nilai murni berasaskan kedamaian, kesejahteraan, perpaduan, kesetiaan kepada raja dan negara, sikap toleransi antara satu sama lain dan semangat patriotisme yang jitu, mengajak semua rakyat untuk hidup bersatu padu.

Gobind juga berharap semangat menyambut Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang penuh bersejarah itu dapat menyemarakkan lagi perpaduan antara kaum.

((Bernama))