Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Seorang penunggang matosikal maut kemalangan di Kampar

  • Published in Nasional

KAMPAR - Seorang maut manakala dua lagi penunggang motosikal cedera selepas motosikal yang ditunggangi mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Kampar-Tronoh Mines, pagi tadi.

Insiden telah mengakibatkan Mohamad Shafarin Normiah, 32, meninggal dunia di lokasi sementara pembonceng, Muhamad Adam Haris Zaidi, 14 tahun, cedera.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim mengesahkan mengenai insiden yang berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi.

Motosikal yang ditunggangi mangsa bersama pembonceng, dipercayai keluar dari simpang sebelah kiri secara mengejut sebelum merempuh sebuah lagi motosikal di laluan yang sama.

Akibat kemalangan itu mangsa yang dirempuh Muhammad Hairie Ismail, 42 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala mangsa yang cedera, turut dihantar hospital sama untuk rawatan lanjut.

Kes disasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.