Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Seberang Perai kini berstatus bandar raya

  • Published in Nasional

KEPALA BATAS - Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) secara rasmi diisytiharkan sebagai Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Majlis Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang , Tun Abdul Rahman Abbas di Dewan Millenium, Kepala Batas.

Pada majlis sama pelantikan Datuk Bandar MBSP pertama, Datuk Rozali Mohamud turut diadakan.

Mengulas pelantikannya, Datuk Rozali berhasrat menjadikan MBSP sebagai bandar raya rendah karbon menjelang tahun 2022.

Turut serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin.

Menerusi pengisytiharan itu, Pulau Pinang kini mempunyai dua pihak berkuasa tempatan, berstatus banda raya.