Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Prototaip kereta nasional ke-3 siap

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 21 Feb - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulas mengenai prototaip kereta nasional ketiga yang dibangunkan DreamEDGE Sdn Bhd.

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata prototaip itu telah siap.

Namun ia belum boleh dipamerkan lagi kepada umum.

Kereta nasional ketiga itu memiliki keupayaan untuk menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

Selain Jepun, Malaysia, katanya, bersedia untuk bekerjasama dengan negara lain termasuk China dan Korea Selatan, yang memiliki kepakaran dan kecanggihan dalam sektor berkenaan.