Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Food Bank Siswa: Penderma dialu-alukan bantu pelajar kurang berkemampuan

  • Published in Nasional

 

MALIM, 21 Feb - Lebih banyak pihak khasnya pengeluar dijangka akan menyumbang kepada Program Food Bank Siswa selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Penderma
Makanan 2019 Oktober tahun lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat ini sebanyak 430 syarikat telah menderma sejak dilaksana tahun lalu dan bulan lalu sahaja, pihaknya menerima tawaran dua syarikat antarabangsa untuk program berkenaan.

Beliau ditemui selepas melancarkan program Food Bank Siswa bagi peringkat Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) di Malim, Melaka.

Politeknik Melaka, Politeknik Merlimau Melaka (PMM) dan IPG Perempuan Melayu Melaka di Durian Daun menjadi IPT pertama di negara ini melaksana Program berkenaan selepas kejayaan pelaksanaannya di IPTA tahun lalu.

Beliau berharap program itu akan membantu lebih ramai mahasiswa kurang berkemampuan mendapatkan bekalan makanan dan keperluan.