Saturday, April 4, 2020

updated 11:02 AM UTC, Apr 4, 2020

Penyebar berita palsu dan fitnah akan diburu

  • Published in Nasional

 

PUTRAJAYA, 21 Feb - Individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu dan fitnah akan diburu sekaligus diheret ke mahkamah.

Tegas, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Eddin Syazlee Shith, tiada kompromi termasuk mengesan individu terlibat yang menggunakan akaun media sosial palsu.

Jelas beliau, keterbukaan kerajaan dalam memberi ruang kebebasan bersuara kepada rakyat disalahguna segelintir pihak sehingga ada yang berani mewujudkan sentimen memecahbelahkan perpaduan di negara ini.

Beliau memaklumkannya dalam sidang media khas mengenai isu penyebaran berita palsu bersama Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin di Putrajaya.

Tambah beliau, sejak Januari 2019, 62 kes telah disiasat Suruhanjaya Kumunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan penyebaran berita palsu.

Daripada angka itu, 8 kes telah didakwa dengan 9 pertuduhan.